Emas telah lama diakui sebagai salah satu instrumen pelindung nilai (hedging) terbaik bagi mengekang inflasi dan ketidakpastian ekonomi. Bagaimanapun, tahukah anda bahawa cara tradisional dalam menyimpan emas—iaitu dengan membiarkannya sahaja terperap di dalam peti besi atau laci almari—kini sudah mula ditinggalkan oleh para pelabur bijak?
Di era moden ini, aset anda seharusnya bekerja untuk anda. Inilah sebabnya Kedai Emas Sri Semantan (KESS) melalui Sri Semantan Privilege Club (SSPC) membawakan revolusi dalam cara anda menabung emas melalui: Program Gold Saving.
Mengapa Program Gold Saving SSPC Berbeza?
Sebahagian besar program tabungan emas hanya bersandarkan kepada kenaikan harga emas dunia semata-mana untuk meraih keuntungan. Namun bersama SSPC, anda bakal menikmati keuntungan berganda. Berikut adalah puncanya:
-
Modal Sangat Berpatutan: Anda tidak memerlukan modal sehingga puluhan ribu ringgit untuk bermula. Program Gold Saving ini boleh disertai hanya dengan pemilikan minimum seawal 1 gram emas fizikal.
-
Agihan Keuntungan Bulanan (Pendapatan Pasif): Ini merupakan kelebihan utama kami. Dengan menyimpan emas anda di KESS, anda akan menerima perkongsian keuntungan daripada perniagaan kami sehingga maksimum RM20 untuk setiap gram. Pembayaran ini akan dikreditkan secara rutin setiap 30 hari sepanjang tempoh kontrak 6 bulan.
-
Jaminan Aset 100% Dikembalikan: Anda mungkin tertanya-tanya, “Adakah emas saya selamat?” Jawabannya adalah ya. Selepas tempoh kontrak 6 bulan berakhir, emas fizikal anda akan dikembalikan secara utuh. Anda akan menerima semula emas yang sama, di samping keuntungan tunai yang telah anda nikmati sepanjang 6 bulan tersebut.
Jangan biarkan aset emas anda terus ‘tidur’. Sertai program Gold Saving hari ini dan rasai sendiri bagaimana emas anda mampu mencetak pendapatan baru pada setiap bulan!